Monday 19 March 2012

Kenapa orang ingin kaya

Kaya dalam istilah bahasa malaysia ialah orang yang berharta dan berada. Mereka memperoleh apa yang mereka inginkan dan apa sahaja yang mereka hajati. Mereka mempunyai kereta mewah, villa, gadget yang berteknologi tinggi dan pergi boleh melancung keseluruh pelosok dunia tanpa halangan dan had waktu.
Jadi kesimpulan, siapa sebenarnya orang kaya. Adakah mereka mempunyai kereta mewah dengan harga melebihi rm500ribu di anggap sebagai orang kaya. Adakah orang yang berpendapatan bulanan melebihi Rm20ribu dianggap kaya, atau adakah yang mempunyai harta tanah yang merimpah luah di angap kaya.
Kaya sukar dikelaskan kerana mereka yang berpendapatan melebihi rm20ribu sebulan kadang kala masih merasakan mereka miskin. Namun mereka adalah orang kaya bagi pandangan yang berpendapatan hanya rm1000 sebulan. Situasi yang sama juga bagi yang mereka yang berpendapatan rm500ribu sebulan dan juga kadang kala mereka masih merasakan yang mereka miskin namun golongan ini adalah kaya berbanding dengan yang berpendapatan rm20ribu sebulan. Begitu juga seterusnya.
Persoalan kenapa kebanyakan orang ingin menjadi kaya?
Jika situasi seperti diatas terjadi, mereka yang kaya masih tetap ingin mencari kekayaan, walaupun berpendapatan melebihi rm500ribu sebulan, ada juga yang masih mencari lebih daripada itu dan tidak pernah merasa cukup. Mereka terus mencari dan mencari.
Jadi apa sebenarnya yang mereka cari?
Mereka merasa senang apabila memperoleh kekayaan. Mereka merasa tenang apabila memperoleh apa yang mereka hajati. Namun ramai yang masih tidak menyedari apa sebenarnya yang mereka cari.
Sebenarnya mereka mencari AL-GHANI iaitu YANG MAHA KAYA yakni ALLAH S.W.T. Kesimpulannya didalam diri setiap ihsan mereka merasa senang dengan kehadiran AL-GHANI didalam diri mereka tetapi mereka masih tidak sedar. Oleh itu sama-sama kita memperbanyak berzikir dan bertasbih mengingati ALLAH. Agar IA mendatangi kita.
Apa yang baik datang daripada ALLAH,dan apa yang buruk datang daripada diri saya sendiri.

Sekian..

No comments:

Post a Comment